Resepi Kek Batik Empire
Terima Kasih | Noy Yullan Dikhabarkan pemilik asal resipi ini adalah chef daripada Hotel Empire Brunei. Tak pasti betul ataupun tidak. Saya dapat pun daripada Internet, so tidak pasti siapakah empunya asal resipi ini. Walau siapa pun pencipta resipi ini, saya doakan semoga dia dan semua yang memanjangkan ilmu ini dimurahkan rezeki termasuk saya dan kawan2 yang sudi share. Masa mengukus tu saya x follow resipi asal, sebab masa saya buat, saya perhatikan berapa masa yang digunakan. Kalau ikut resipi asal, lapisan coklat dikukus 1 jam, tapi saya kukus 25 minit sahaja. Dah berkali2 buat kek ini. Sedap. Lembut. Cantik. Kali ini buat untuk sambutan hari guru di tadika anak pula. Bahan-bahan yang diperlukan: 200gm mentega/lepa susu/marjerin 1/4 cawan gula halus (gula putih biasa pun boleh.) 4 biji telur gred A atau B 1 sudu kecil esen vanila 1/4 cawan kaya perisa asli 1/4 cawan susu pekat *3/4 cawan tepung gandum (sikit lagi nak penuh secawan) * 1/4 cawan horlick perisa original (Ayak tep