Resepi Biskut Cornflakes Badam


Bahan-bahannya:

1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
3/4 sudu kecil baking powder
2 cawan setengah cornflakes yang belum dihancurkan
3 sudu besar badam yang telah dihancurkan. ( bakar dalam oven 5 minit pada suhu 160’C , dan blender kering 70% hancur atau cincang )
150 gram butter
3/4 cawan gula kastor
1 biji kuning telur sahaja Gred A
1/2 cawan cornflakes yang telah hancur diramas


Cara Penyediaan Biskut Cornflakes Badam Rangup Biskut Raya

Pertama , tepung jagung , gandum dan baking powder dicampurkan dan diayak terlebih dahulu . Ketepikan seketika. Ambil cornflakes yang belum hancur dan hancurkan lebih kurang 40-50% kadar hancur. Ketepikan seketika.

Kedua , menggunakan hand mixer pada kelajuan sederhana , pukul butter , gula kastor sehingga sebati dna warna bertukar menjadi putih . Selepas itu masukkan lagi kuning telur dan teruskan pukul sehingga menjadi sebati. Masukkan pula sedikit demi sedikit campuran tepung tadi , badan hancur dan juga cornflakes pada langkah pertama tadi. Kacau sebati menggunakan spatula kayu. Jangan risau jika adunan menjadi lembik. Itu normal.

Ketika , panaskan oven pada suhu 170’C selama 15 minit. Ambil adunan dan bulatkan adunan mengikut size yang anda suka , selepas itu , tekan adunan agar menjadi leper dan celup serta gaul adunana yang leper tadi ke dalam cornflakes hancur. Selepas itu barulah disusun ke atas dulang pembakar. Bakar selama 15 minit pada suhu yang sama iaitu 170’C.

Memang senang kan ? Biskut yang masak dibiarkan sejuk dan disimpan dalam bekas kedap udara untuk bertahan lebih lama.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Resepi Biskut Red Velvet

Resepi Biskut Jejari Nestum Roti Gardenia

Resepi Kek Butter Pelangi Marble