Resepi Biskut Samperit Cheese
Bahan-bahan :
200g mentega (yg tulen akan membuatkan biskut lebih sedap)
100g cream cheese
130g gula icing
200g tepung jagung kupu2
140g tepung kastad(birds custard)
180 g tepung gandum
2 biji kuning telur
2 camb susu pekat manis
1/2 camt esen vanilla
ceri merah @ kismis hitam@ choc chip untuk hiasan
CARA2NYA
Pukul mentega,cream cheese sehingga gebu.Masukan esen vanilla susu pekat dan telur sebiji2.Pukul perlahan sampai sebati.
Campurkan kesemua tepung,masukan sedikit2 sambil dikacau dengan spatulla sehingga menjadi doh.
Biarkan 5-10 min.Picit dengan acuan samprit.letakan ceri @kismis hitam @choc chip sebagai hiasan.Bakar 15 min,suhu 150*C dengan api bawah.
Selamat mencuba
Komentar
Posting Komentar