Resepi Biskut Homemade Chipsmore
Terima Kasih | Fara Dilla
Bahan A
1. 250g premium butter
(Anchor salted)
2. 90g gula merah
3. 90g gula castor
4. 1sk esen vanila
5. 1biji kuning telur
6. 1sk butter oil(wajib letak)
kalau tak letak mmg rasa cookies sedikit berbeza.
Bahan B
1. 350g tepung gandum (bakers choice)
2. 2sb choc powder
4. 1/2 st soda bikarbonat
5. 1st baking powder
Ayak smua bahan B
250g choc chips local atau import dua2 bleh je.
Cara2.
1. Masukkan bahan2 A mengikut step 1-6.
Kacau sebati menggunakan spatula shj.
2. Masukkan bahan B yang telah di ayak tadi.
3. Masukkan choc chips.
Sebatikan sehingga menjadi doh. (menggunakan tangan shj)
4. Spt biasa sama shj mcm brownies cookies. Rehatkan doh dlm peti ais selama 30min.
5. Selepas 30min,utk mendapatkan besar yang sekata dan memeudahkan kerja. scoopkan mengguna kan scoop ice cream yg kecik spt dlm gambar di komen. Penuhkan3/4scoop shj. Saiz jgn risau biskutakan kembang sama size dgn "chipsmore".
Bakar suhu 150 (oven kecik biasa)
Selama 12-15min shj.
Atau bergantung pada oven masing2.
Dah masak,bleh la sejukkn dan kemudian nya masukkan dlm bekas kedap udara.
**jgn lupa ya.smua cookies mmg kita sapukan shortening pada dulang pembakar terlebih dahulu.
**oven,guna kan tanda kipas ya utk cookies.
.
.
.
Selamat mencuba smua.
Komentar
Posting Komentar