Resepi Biskut Crunchy Milo
Terima Kasih | V'LadyRidani Marina
250gm butter
120gm gula icing
80gm serbuk Milo
60gm badam cincang
1 teaspoon esen vanilla
2 kuning telur
240gm tepung gandum
120gm tepung jagung
Topping hiasan:
Kuning telur
Crispy rice balls
Pumpkin seeds
** atau apa sahaja bahan hiasan, ikut kreativiti anda
Pukul butter & gula icing, biar kembang.
Masukkan kuning telur, pukul rata.
Masukkan esen vanilla, serbuk Milo dan badam cincang, gaul rata.
Masukkan tepung jagung, gaul rata.
Masukkan tepung gandum, sedikit demi sedikit sambil menguli.
Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.
Canai doh dan terap dengan cookie cutter.
Sapu kuning telur di atas cookie dan hias ikut kreativiti masing2.
Bakar 35-45 minit, suhu 180cc, ikut oven masing2.
Komentar
Posting Komentar