Resepi Biskut Kelapa Comel
Bahan-bahannya :-
1. 250 gm butter
2. 200 gm gula kastor
3. 1 kuning telur
4. 1 s/k esen vanilla
5. 2 cawan kelapa kering
6. 1/2 cawan nestum halus
7. 1 1/4 cawan tepung ubi
8. 1 1/4 cawan tepung gandum/rose (ayakkan)
9. Coklat yang dicairkan/Ceri untuk hiasan
Cara2nya :-
1. Pukul butter dan gula hingga sebati.
2. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan kacau rata.
3. Masukkan bahan2 kering berselang seli dan gaul rata.
4. Bentukkan mengikut kesukaan anda.
5. Bakar dalam suhu 170C selama 15 minit atau sampai masak.
6. Sejukkan dan hias dengan ceri atau lorekan coklat cair.
Komentar
Posting Komentar