Jemput-Jemput Jagung
hujan2,,,perut lapar je...kebetulan ada jagung 3 tongkol
dalam peti ais...buat jemput2 jagung pn sedap gak kan..
makan panas2..minum air teh o panas...wahhhh
jum tengok resepi jemput2 jagung cara kakcu :
bahan2nya :
3 cawan isi jagung
3 cawan tepung
1 biji lada merah - di potong kecil
3 biji bawang merah - di potong kecil/nipis
1 tangkai daun sup + daun bawang
1 1/2 cawan air
secubit garam & soda bikarbonat
cara2nya :
1. campurkan semua bahan2,gaul hingga rata
2. goreng hingga kekuningan
3. sedia dihidangkan bersama sos kegemaran masing2..;))
Komentar
Posting Komentar