Sambal Terung

terung petik kt pokok depan rumah..tktau nk masak apa
cari resepi kt google,terjumpa resepi sambal terung kt 
myResepi..tp kakcu ada tokok tambah sikit..
apapn terima kasih pd yg empunya resepi...;))

kakcu sbnrnya tk berapa suka sayur terung..tktau kenapa
tu yg kalau nk masak sayur terung ni kena masak yg btl2
sedap n boleh diterima tekak..heheh

menu yg sangat simple..selain sambal terung,kakcu ada
buat kerabu epal,ikan bakar cicah air asam n ikan goreng
alhamdulillah rezeki dari Allah...
kakcu kongsikan resepi sambal terung tu kt sini ye.. :


  • 5 biji terung panjang - dikupas kulit,belang2 - dibelah tengah dan dipotong 2.
  • 6 - 8 biji cili kering - rendam dalam air panas
  • 4 biji bwg merah dan 2 ulas bwg putih
  • 2 sudu besar udang kering atau ikan bilis - direndam
  • air asam jawa secukup rasa
  • 1/2 cawan pati santan
  • 1 sudu makan ketumbar,jintan manis,jintan putih yg telah siap di blend (rempah)
  • garam, gula dan sedikit kicap manis secukup rasa

Cara-cara

  1. Cili kering, bawang dan udang kering ditumbuk hingga lumat
  2. Tumis cili yang telah ditumbuk bersama rempah yg dh diblend sehingga agak garing, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Kemudian masukan terung dan santan. masak sehingga terung empuk.
  3. Masukkan sedikit kicap manis, balik2kan dan angkat. Jangan masak terlalu lama sebab terung dah masak. boleh padamkan api dan sedia utk dihidangkan...;))

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Resepi Biskut Red Velvet

Resepi Biskut Jejari Nestum Roti Gardenia

Resepi Kek Butter Pelangi Marble