Masak Lemak Pisang
assalamualaikum wbt...
dh lama jugak kakcu tk masukkan apa2
entri kt sini..
kakcu tk sihat.. :(
dalam seminggu ni kakcu jarang ke dapur,
anak2 yang masak..apa yang diorg tk paham
diorg tanya kakcu..
kalau sebelah siang anak2 yang masak,
sebelah malam nya ayah anak2 pulak yang
masak..buat jemput2 ikan bilis,jemput2 pisang..
kakcu tukang makan..:)
entri kali ni kakcu nk share resepi masak lemak
pisang,yang dimasak oleh anakanda kakcu,
Haikal Hazim..masa ni kakcu memang tk boleh
bangun..haikal masak lemak pisang dengan
ayam goreng sos tiram..yang adik pulak,Haikal
Hamim,masakkan kakcu sup ikan..
alhamdulillah..lega rasanya cuti sekolah,anak2
boleh tolong uruskan kerja memasak kt dapur..
MASAK LEMAK PISANG
bahan2nya:
10 biji pisang muda yg boleh dibuat sayur - kupas kulit pisang,dan potong pisang kecil2,kemudian rendamkan pisang dengan air garam sementara menyiapkan bahan2 yang lain...kemudian cuci bersih pisang dn toskan.
15 biji cili api - dikisar
5 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 batang serai - dikisar
2 inci kunyit hidup
1 helai daun kunyit
1 cawan santan pekat
3 cawan air
secubit kiub ayam
garam secukup rasa
cara2nya :
1. masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama pisang,kiub ayam dan 3 cawan air.
2. masak sehingga pisang lembut
3. masukkan santan pekat
4. biarkan mendidih skejap,masukkan daun kunyit dan garam secukup rasa.
5. sedia untuk dihidangkan.
Komentar
Posting Komentar