Lempeng Gulung Berinti
assalamualaikum wbt...
asik ujan je..perut pn asik lapar je..
ttiba kakcu dpt idea nk buat lempeng gulung berinti ni...;))
projek melempeng n menggulung ni kakcu buat dgn haikal..
ada dia kt rumah..lega sikit..sbb dia suka tolong ibu kt dapur..
alhamdulillah..ringan sikit keje ibu..;))
suka tengok kuningggg je..hehe
ini lah inti lempeng gulung :
1 mangkuk kecil isi ayam - dipotong kecil-cuci bersih-toskan
2 biji kentang - buang kulit - potong kecil2
1 biji bawang besar - potong dadu
1 biji lada merah - potong kecil
1 biji lada hijau - potong kecil
2 sudu makan rempah
garam & gula secukup rasa
cara menyediakannya:
1. tumiskan bawang besar,kemudian masukkan ayam dan gaul2kan.
2. masukkan kentang dan rempah,gaul rata dan masak sehingga kentang lembut.
3. kalau perlu masukkan sedikit air,bila kentang dh lembut,masukkan hirisan lada,garam dn gula secukup rasa.
4. padamkan api dan bolehlah dibuat inti..;))
bahan2 utk lempeng :
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
sedikit garam
sedikit pewarna kuning
cara2 menyediakannya :
1. campurkan kesemua bahan dan dikacau hingga rata
2. kemudian boleh lakukan proses melempeng
3. dan bolehlah letakkan inti..gulung sampai lempeng abis..
4. bolehlah dimakan..sesuai utk sarapan pagi juga minum petang..;))
Komentar
Posting Komentar