Kek Karamel Cokelat Moist





assalamualaikum wbt...
dah lama dah,ibu mengidam nak buat
kek ni..tapi sebab selalu sangat tak sihat,
ibu sabar je lah..
sekarang ni haikal dah ada kt rumah,ada
yang menolong kt dapur,so ibu sama2 dengan
haikal cuba buat kek ni..hasilnya tu yang
macam dalam gambar tu..tak cantik sangat
tapi boleh lah kan..selain buat untuk makan
sendiri,dapat jgk ibu bagi rasa kt jiran2..
kt sini ibu nk ucapkan terima kasih sangat2
pada kawan fb ibu,kak ROZIE NOR yang
mengajar ibu cara untuk buat kek ni..
(su sayang kak rozie..bnyk resepi akak yg
su dah cuba dan semuanya menjadi..)

0k,ni resepi kek karamel yang ibu ambil dari
kak rozie..kak rozie bgtau,kukus boleh &
bakar pn boleh..ibu cuba buat yang bakar,
bila2 nanti nk buat yang kukus pula...;))

bahan2nya :

Langkah 1..
3 sudu gula (cairkan dan jadikan gula hngus)


Lngkah 2...
sediakan karamel :
1tin susu cair
5 bji telor
1/2 sudu teh esen vanilla
2-3 sudu gula castor
~ kacau semua bahan ni...jgn sampai berbuih..kemudian tuangkan kedalam loyang gula hangus tadi.
kemudian loyang karamel dimasukkan ke dalam loyang yg berisi air panas dan masukkan ke dalam oven,
masak sehingga karamel keras/pejal.


Langkah 3..
1cwn susu cair
1 cwn koko
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
3/4 cwn gula
(msak kesemua bahan ni dlm periuk dgn api yg sedang) ketepikan..

Langkah 4..
1 cwn tpung gndum yang telah di ayak bersama 1 sudu teh bking powder dan 1/2 sudu teh soda bicarbonate..di campurkan dgn 4 biji telor yg telah di pukul hingga kembang(telur tu di blend sahaja)...gaulkan bahan ni dan masukkan dlm adunan yg telah dimasak tadi.(adunan coklat) Gaul rata bahan2 tu..dan tuang atas karemel tadi....(karamel yang dh keras)..selepas tu masukkan ke dalam oven dan bakar sehingga masak dengan suhu 160 darjah/mengikut suhu oven masing2 ye..;))

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Resepi Biskut Red Velvet

Resepi Biskut Jejari Nestum Roti Gardenia

Resepi Kek Butter Pelangi Marble