Gulai Ayam Rempah Rose
assalamualaikum wbt..ini la lauk kakcu skeluarga hari ni..
gulai ayam rempah rose..
kakcu dpt rempah rose ni dari adik kakcu,Rosni Musa..
dia mintak tlg kwn di terengganu poskan rempah ni
utk kakcu..kt tempat kakcu tkde jual rempah ni..
sape2 yg dh pernah rasa makan gulai yg guna
rempah rose ni,mesti tau btapa enaknya
masak gulai rempah rose..;))
haaa..ni dia rupa rempah tu...
bahan2nya:
1 kilo ayam - dipotong2 - cuci bersih - toskan
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 hiris lengkuas
3 hiris kunyit
10 tangkai cili kering (gantikan serbuk cili)
~kesemua bahan di atas dikisar ~
1 sudu besar rempah gulai cap bunga rose
1 sudu besar rempah masak cap bunga rose
1 sudu besar air asam jawa
2 mangkuk santan cair
4 biji lada merah dibelah 4
cara2nya :
1. tumiskan bahan kisar hingga wangi
2. masukkan kedua2 rempah cap bunga rose,air asam jawa dan garam secukup rasa
3. masukkan ayam dan gaul sehingga rata,tambah satu cawan air kemudian kacau
4. masukkan santan dan didihkan
5. setelah mendidih masukkan lada merah
6. biarkan seketika kemudian padamkan api.
**resepi ni kakcu salin dari peket rempah cap bunga rose..
tapi yg kakcu masak,adalah yg kakcu ubah n tokok tambah sikit..
ikut resepi tk taruk kentang tp kakcu campurkan kentang sbb kakcu
suka makan kentang..;)) dan serbuk cili cap bunga rose,kakcu gantikan
dgn cili kering..apapn rasa dia mmg terbaekkkkk lahhh...;)) **
Komentar
Posting Komentar