Lemak Cili Api Ikan Haruan
assalamualaikum wbt...
masak ala kadar,apa yg ada je..asalkan
kenyang..;))
hari ni kakcu masak lemak cili api ikan
haruan,terung goreng berlada,ikan bawal
rebus lada hitam & ikan goreng.
ikan haruan tu abang kakcu yg beri,dh berapa
hari simpan je dlm peti ais,baru hari ni masak..
sebabnya kakcu tktau nk masak apa ikan
haruan tu..biasa orang masak sup kan.. untuk
yang baru lepas operation,elok makan ikan ni..
puas pikir..kakcu masak lemak cili api je lah..
kakcu tk makan sgt ikan ni,jamah sikittttt je
boleh la..tapi anak2 ckp sedap..abangcu ckp
pn sedap...kalau diorg ckp tk sedap,mau sminggu
kakcu mogok tk masak..haha
bahan2nya:
1 ekor ikan haruan - di siang,dipotong2,dibersihkan dan di goreng.
12 biji cili api - dikisar
2 inci kunyit hidup - dikisar
3 biji limau kasturi - diambil airnya
3 cawan santan
garam secukup rasa
cara2nya:
1. masukkan bahan kisar dan santan kedalam periuk,masakkan hingga mendidih,kacau selalu..
2. setelah mendidih,masukkan ikan,air perahan limau dan garam..
3. biarkan masak hingga mendidih lagi..selepas tu boleh lah padamkan api..
4. sedia untuk dihidangkan..;))
Komentar
Posting Komentar