Pajeri Nenas
assalamualaikum wbt..
ini lah hidangan makan tengah hari untuk
santapan kakcu seisi keluarga...simple je kan..;))
ada pajeri nenas..ikan kembung masak sambal..
sambal tempoyak ulam timun dan ikan goreng
juga tempe goreng..cukup menyelerakan..;))
biarlah orang lain nk masak lauk pauk atau
makanan yang hebat2..ada kakcu kesahh???haha
ini pn dah syukur alhamdulillah atas nikmat yang
Allah berikan...;))
~ Pajeri Nenas ~
bahan2nya:
1/2 biji nenas - di hiris nipis - jangan nipis sangat..
3 cawan santan
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan kerisik
3 sudu makan cili kisar
5 biji bawang merah - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 peket kecil rempah tumis 3 sekawan
secubit pati ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak masak
cara2nya:
1. panaskan minyak dan masukkan rempah tumis hingga naik baunya.
2. kemudian masukkan bahan kisar bersama rempah kari. biarkan masak hingga garing.
3. selepas itu masukkan santan dan nenas. biarkan masak seketika..hingga nenas empuk/lembut.
4. akhir sekali masukkan kerisik,pati ikan bilis,garam dan gula secukup rasa.
5. biarkan masak sebentar dan angkat....;))
Komentar
Posting Komentar