Biskut Arab
assalamualaikum wbt...
semangat nk buat kuih raya punya pasal..
letih mcmana pn..bangun jugak buat apa
yang perlu..kali ni kakcu buat biskut arab..
sebelum ni kakcu tk pernah buat biskut ni,
rupa2nya rasa biskut ni sangat2 sedap..
anak2 pn suka..
kakcu buat biskut ni dapat la 2 balang..tp
lepas berbuka,anak2 makan,selesai dh 1
balang..tk sempat nk tunggu raya...;))
resepi biskut arab ni kakcu dapat dari
majalah RASA bulan JULAI,2011.
jom kita tengok resepi BISKUT ARAB..;))
bahan2nya:
500 gm tepung gandum
200 gm gula halus
250 gm minyak sapi
pewarna merah jambu dan hijau secukupnya.
cara2nya:
1. adunkan tepung gandum,gula dan minyak sapi hingga sebati.
2. bahagi pada tiga bhagian dan setiap bahagian masukkan berlainan warna dan satu lg dibiarkan biasa.
3. ambil sedikit setiap adunan dan bulatkan.
4. masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180'C selama 20 minit.
5. setelah siap dibakar setiap bulatan biskut diayak dengan gula halus dan masukkan ke dalam mangkuk kecil..;))
Komentar
Posting Komentar