Biskut Almond London
assalamualaikum wbt...
tak pernah pergi ke London..tiba2 nk
buat kuih dia plak..haha
buat sorg2..tersengguk2 kakcu nk siapkn
kuih ni tadi..tp nasib baik masa nk celupkn
coklat tu anak dara sorg tu nk tolong..bkn
tolong apapn,tolong taburkan manik2 tu je..
apapn terima kasih Ct maira mucuk2 ibu..hehe
bahan2nya:
250gm butter
120gm gula halus
300gm tepung gandum
200gm tepung jagung
2 sudu makan tepung beras
1 biji telur
1 sk serbuk penaik
1/2 sk esen vanila
200gm badam - dipanggang 10 minit
coklat masakan secukupnya - kakcu guna 3 keping coklat masakan
cawan kertas secukupnya
cara2nya:
1. pukul butter dan gula hingga kembang.
2. kemudian masukkan telur bersama esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
3. masukkan tepung gandum,tepung jagung,tepung beras dan serbuk penaik,gaulkan bersama adunan hingga menjadi doh yang lembut.
4. ambil sedikit adunan,bulat dn leperkan,masukkan inti badam,bentukan menjadi bujur.
5. letakkan di atas dulang pembakar yang telah di lenserkan sedikit mentega dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
6. sejukkan biskut,kemudian celup di dalam coklat masakan yang telah di cairkan..masukkan ke dalam cawan kertas..taburkan manik/badam cincang di atasnya..dan biarkan kering seketika..
* cairkan coklat masakan dengan menggunakan kaedah 'double boil' dan tambahkan 1/2 sudu kecil mentega ke dalam coklat.
bila coklat dh cair,cepat2 masukkan bbrapa biji biskut ke dalam bekas coklat td dan gunakan sudu kecil utk ambil biskut dan masukkan ke dalam cawan kertas.
kalau ikut adunan ni,boleh dapat hampir 200 biji almond london..;))
Komentar
Posting Komentar